Nilai Tambah

Setiap hari memberi tambah nilai kepada diri…
Setiap hari memberi tambah nilai kepada masyarakat…

HIDUPLAH SETIAP HARI

“Sekarang aku nak fokus study, nanti dah balik Malaysia baru aku fokus dalam bekerja la…”
“Aku tak nak banyak-banyak kerja la, susahkan hidup je…”
“Asal aku tak susahkan hidup orang, kira OK la, aku buat urusan aku je…”
Antara kata-kata yang kita biasa kedengaran dari segelintir mahasiswa.

                Persepsi seperti ini seolah-olah menggambarkan kehidupan mereka hanya bermula selepas mereka tamat pengajian. Selepas tamat belajar baru bekerja. Selepas dapat sijil baru boleh cakna hal masyarakat. Selepas belajar baru boleh sibuk-sibuk.

Tenggelam dalam teori dan fantasi sendiri…

                Adakah selepas mendapat sijil, anda tidak perlu mencari ilmu lagi? Adakah selepas belajar hidup anda sekadar ulang-alik ke pejabat, berkahwin, dapat anak dan meninggal dunia? Adakah selepas belajar baru mahu mengenal dunia?

                Hiduplah dengan kehidupan anda hari ini. Setiap hari adalah kehidupan anda. Kehidupan bukan bermula selepas alam pengajian. Kehidupan bermula sejak anda bernafas di muka bumi ini lagi. Hari ini anda perlu menuntut ilmu, hari ini juga anda perlu belajar kemahiran-kemahiran lain dan hari ini juga anda perlu memberi tambah nilai kepada masyarakat.

ERTI HIDUP

                Erti kehidupan bagi individu di bawah belasan tahun adalah dengan mencari tambah nilai dalam hidupnya. Belajar membaca, belajar memasak, membawa motosikal dan sebagainya. Erti hidup bagi mereka yang telah menjangkau usia 20an ke atas seperti di dunia mahasiswa ini adalah memberi tambah nilai kepada individu lain dan masyarakat sekeliling. Membantu gerak kerja organisasi, memberi pengisian, melatih AJK dan sebagainya. Dalam masa yang sama pastinya menambah nilai pada diri sendiri.

                Amat rugilah jika ada mahasiswa yang tidak mampu memberi tambah nilai kepada masyarakat. Dia tidak mampu memberi manfaat kepada masyarakat, masyarakat pula tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Dalam ruang berorganisasi, anda akan diberi pelaung yang amat luas dalam mencari tambah nilai hidup dan memberi nilai tambah kepada pihak lain.

UNIVERSITI BKAWM

                BKAWM menyediakan ruang bagi ahli-ahlinya menyertai unit-unit berdasarkan kecenderungan masing-masing. Ada yang mahir dalam bidang teknikal, maka mereka boleh menyertai Wilayah Multimedia Centre (WIMAC). Ada yang minat dalam berdakwah, maka mereka boleh sertai LDPI dan begitulah seterusnya.

                Seterusnya ahli akan diberi latihan mengikut bidang dan unit masing-masing sama ada secara formal ataupun tidak. AJK WIMAC akan diberi latihan melalui kursus teknikal dan juga melalui tugasan WIMAC ketika program berlangsung. AJK baru juga diberi latihan dan pengisian melalui program seperti SINERGI.

                Di peringkat seterusnya, ahli diberi ruang untuk memberi dan menambah nilai kepada pihak lain. BKAWM memberi peluang kepada ahli menjadi pengisi dalam program-program, menjadi penulis dalam risalah-risalah, menjadi fasilitator dan sebagainya.

                Tiga peringkat ini perlu dilalui oleh setiap mahasiswa dalam mematangkan diri. MENCARI kemahiran diri, MELATIH kemahiran dan akhirnya MEMBERI kepada masyarakat. Sesi latihan ini ditawarkan secara percuma oleh ‘Universiti BKAWM’. Pastikan anda tidak melepaskan tawaran istimewa ini. 

NILAI PENGALAMAN

                Seseorang individu yang berbicara berdasarkan pengalaman nilainya lebih tinggi daripada individu yang sekadar berbicara berdasarkan idea semata-mata. Jika diminta untuk memberi idea tentang memajukan ekonomi, pasti ramai yang mampu memberi seribu macam idea yang canggih. Namun belum pasti kualiti idea tersebut dan belum pasti keberkesanan dalam melaksanakannya pula. Berbeza dengan mereka yang memberi pendapat berdasarkan pengalaman. Mereka lebih mengenal di mana liku-liku dan ruang-ruang yang perlu diterokai.

                Maka bagi memiliki gabungan idea dan pengalaman yang baik, anda perlu bekerja. Bukan sekadar berfikir dan belajar fakta teori. Bekerja akan memberi anda nilai tambah yang lebih daripada yang anda jangkakan.

 Antara barisan musyrif ketika program Cairo Exploration anjuran UPKS BKAWM 09/10. Pengalaman berharga ini tidak dapat di temui dalam bentuk teori dan idea semata-mata. Dari kiri, ustaz Firdaus Muchtar, ustaz Nazmi (mantan N.S.U.A BKAWM 10/11), ustaz Syed, ustaz Faiz selaku ketua musyrif (mantan TYDP BKAWM 09/10), saya, ustaz Waafi (mantan Bendahari Agung BKAWM 10/11), dan bapa kepada salah seorang peserta.

Penulis : Adlly Bokhari ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Nilai Tambah ini dipublish oleh Adlly Bokhari pada hari Wednesday, April 18, 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Nilai Tambah
 

0 comments:

Post a Comment