PENGURUSAN STRES : BAHAGIAN
2
“Ya
Allah, janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip
mata” – Riwayat Abu Daud
Reaksi anda terhadap stres kadang-kala lebih
memudaratkan daripada kesan stres itu sendiri…
“Aaaah
serabut nya…” seorang sahabat saya (bertaraf exco) memasuki bilik saya, terus
terguling-guling di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya. “Kenapa
dengan kau ni?” saya cuba memulakan bicara. “Serabut la… serabut-serabut...”
dia tetap mengulangi perkataan yang sama sambil berguling-guling. Sekali tengok
lucu juga reaksinya, dua kali fikir, saya perlu bantunya keluar dari keserabutan
yang sedang dihadapinya.
Berdasarkan
situasi tersebut, biasanya individu yang ‘serabut’ sedar bahawa mereka sedang
mengalami stres. Namun mereka agak lemah atau gagal dalam mengurus stres
tersebut. Dibiarkan sahaja perasaan itu bermain di jiwa. Stres tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja, stres perlu diurus dan perlu dilepaskan. Jika stres
terus dipendam di dalam jiwa, maka ia akan memberi kesan kepada diri anda.
Memberi kesan kepada kualiti setiap gerak kerja anda.
LANGKAH
PERTAMA dalam menangani stres adalah dengan mengesan dari mana punca stres
tersebut. Anda boleh mengesan punca stres dengan BERFIKIR sejenak, ambil
sedikit masa untuk memahami dari manakah punca perasaan ‘serabut’ tersebut.
Anda juga boleh MENULIS di dalam buku peribadi anda, senaraikan segala masalah
yang sedang anda hadapi. Anda juga boleh BERBINCANG dengan mereka yang lebih
senior atau berpengalaman, bertukar-tukar pendapat mengenai masalah yang anda
sedang hadapi.
Apa yang penting adalah anda perlu mulakan langkah
pertama…
Secara
umumnya punca stres terbahagi kepada tiga jenis, anda perlu mengenali dan
memahami apakah punca stres yang anda sedang alami bagi memudahkan anda
mengatasi stres tersebut.
1. Stres Fizikal
Stres fizikal adalah stres
yang berpunca daripada tubuh badan anda yang memberi tindak balas. Stres ini
berpunca diakibatkan oleh kesan luaran seperti membawa barang berat, panas dan
sebagainya. Stres fizikal juga terhasil apabila tubuh badan anda keletihan.
Kadangkala anda sudah menyelesaikan segala tugasan harian anda, suasana di
sekeliling anda juga amat ceria dan tenang namun anda masih berasa stres. Ini
kemungkinan besar adalah stres yang berpunca daripada keletihan badan anda.
Maka ambillah rehat secukupnya untuk menangani stres.
2. Stres Biologi
Stres biologi adalah hasil
daripada kesan sistem badan anda seperti dahaga, lapar dan perubahan fisiologi
akibat kecederaan atau penyakit. Pastikan anda setiap hari anda cakna pada
kesihatan tubuh badan anda. Dapatkan makanan yang seimbang setiap hari. Jika perlu, ambillah pil
multivitamin bagi memastikan tubuh badan anda mendapat sumber vitamin yang
secukupnya.
Pastikan jadual makan harian
anda betul. Ada sarapannya, ada makan tengah hari dan ada makan malamnya.
Jangan makan ikut sesuka hati sahaja, jangan biarkan diri anda dalam keadaan
terlalu lapar dan jangan juga makan sehingga terlalu kenyang. Ini bagi
memastikan tubuh badan anda menerima nutrien makanan dengan sebaiknya. Ingat,
makan untuk kesihatan, bukan makan untuk kepuasan!
3. Stres Psikologi
Stres psikologi pula adalah
hasil daripada tindak balas pemikiran dan persepsi anda terhadap ancaman
seperti harga diri, persaingan, banyak hutang dan sebagainya. Stres ini bergantung pada pemikiran dan persepsi anda
terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Jika anda menghadapi masalah dan
melihatnya dari sudut positif, maka anda akan mengalami tekanan stres yang agak
kurang berbanding jika anda melihat sesuatu masalah itu dari sudut negatif,
maka anda akan mengalami tekanan stres yang agak lebih. Pastikan anda sentiasa
berfikiran positif dalam menghadapi segala cabaran setiap hari.
Ada
juga sesetengah individu yang mengambil jalan melepaskan stres dengan makan dan
minum sesuka hati. Tiada masalah selagi mana anda memakan dan minum bahan yang
sihat.
Elakkan
daripada meminum minuman bergas yang terlalu banyak kerana kandungan gula dan
pewarnanya yang tinggi. Jika ingin minum minuman jus, elakkan meminum minuman
jus kotak yang biasa. Kerana selalunya kandungan jusnya hanyalah 10% dan
selebihnya adalah perisa dan gula. Minumlah minuman jus asli sama ada jus asli
di dalam kotak mahupun jus yang diperah langsung dari buah. Elakkan juga
minuman ais atau terlalu sejuk kerana ia akan menjejaskan tahap stamina anda.
Minuman
Hot Chocolate Bonjorno antara minuman pilihan saya. Minum sambil merehatkan minda
anda. Harganya berpatutan, sepaket kecil LE1.25. Sedap juga jika ditambah satu
sudu kecil kopi.
Antara
teh kegemaran saya adalah Ahmad Tea, boleh didapati dalam pelbagai perisa.
Perisa paling best adalah perisa Strawberry, Apple dan Peach And Passion Fruit.
Teh ni kalau nak sedap, bancuh pekat, satu uncang untuk satu mug dan gula
jangan terlalu banyak. Harganya juga berpatutan, sekotak sekitar LE9.00.
Lepas
senaman petang, sesuai minum air kurma asli At-Tahhan. Masukkan 3 sudu besar
pati kurma ke dalam cawan dan campur dengan air masak. Memang sedap, asli dan
bertenaga. Produk At-Tahhan ni kalau anda berminat, terus sahaja hubungi saya,
huhu…
Terdapat
pelbagai jenis minuman kopi yang menarik antaranya seperti kopi Cappuccino jenama Shaheen.
Cappuccino Shaheen boleh didapati dalam beberapa jenis campuran, antaranya
Cappuccino Chocolate dan Cappuccino Irish Cream. Sepaket LE1.50 sahaja. Kedai
Kopi Shaheen berdekatan di Bank HSBC ‘Abas ‘Aqad.
STRES YANG MEMBANTU
Stres diperlukan
untuk merangsang diri anda maju ke hadapan. Stres boleh memberi motivasi dan menjana
inspirasi seseorang untuk mengerah segala potensi diri dalam menghasilkan kejayaan
luar biasa. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan, tidak dapat tidak anda
memerlukan tekanan dalam kehidupan seharian anda. Namun perkara paling utama
adalah bagaimana anda mengurus tekanan stres itu.
Rahsia
kejayaan adalah membentuk imbangan supaya anda tidak terlampau menekan diri dan
tidak terlampau leka. Tanpa kesedaran mengurus tekanan ini, stres yang
sepatutnya membantu dan mendorong anda boleh bertukar menjadi stres yang
memudaratkan. Reaksi stres itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, ia
bergantung kepada cara anda bereaksi kepada stres dan cara anda mengurusnya. Sama
ada ia menjadi dorongan yang kreatif atau musuh yang merosakkan diri, anda yang
menentukannya. Pilihlah untuk mengurus stres ke arah kejayaan.
STRES
YANG MEMUDARATKAN
Pendedahan
yang berulang dan berterusan kepada stres boleh melemahkan seseorang kepada
penyakit fizikal dan emosi yang tidak stabil. Anda juga akan mengalami
kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram. Ini menjadi lebih parah
jika dalam kehidupan anda tiada aktiviti kemasyarakatan, aktiviti riadah atau
aktiviti yang berbentuk santai. Aktiviti ini semua mampu membentuk ketenangan
dan keseimbangan jiwa. Ketiadaan aktiviti seperti ini akan membuatkan anda
hilang kecekapan mengendalikan cabaran dalam kehidupan. Hidup menjadi murung.
Tiada keceriaan warna-warni dalam kehidupan.
Stres menjadi
memudaratkan apabila anda memilih untuk membiarkan sahaja stres tersebut
terbuku di dalam hati. Kadang-kala punca stres itu telah berlaku bertahun-tahun
yang lepas. Tekanan stres terus membengkak di dalam jiwa. Di sinilah bermulanya
punca utama kebimbangan, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan yang
manifestasi stres yang terus bermain di minda dan perasaan anda. Contoh stres seperti ini ialah
perasaan hasad dengki.
Keadaan
gelisah yang berpanjangan menghasilkan paras hormon adrenalina dan kortison
yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalina membuatkan diri cepat marah,
penat dan gelisah. Terlampau banyak kortison akan menekan fungsi pertahanan
badan dan memudahkan diri mendapat penyakit. Tanpa rehat, riadah dan masa untuk
pulih dari ketegangan akan menyebabkan stres bertindih di atas stres yang
sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan.
PERSEPSI
POSITIF
Harmoni
dalam diri adalah penting untuk membina pemikiran kreatif, pengamatan tepat dan
menyelesaikan masalah. Jika tiada harmoni dalam diri, pengamatan juga akan lemah,
kerana mata kita mematuhi reaksi minda. Contohnya jika anda berada dalam
kemurungan maka anda akan mudah berasa
hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila anda hilang daya maka
bukit akan kelihatan setinggi gunung dan kolam seluas dan sedalam lautan.
Kehilangan daya ini juga akan membuat anda gagal melihat kepada sumber atau
potensi yang sebenarnya ada pada diri.
Belajar
bertenang, melepaskan masalah, memaafkan insan lain dan merelakan sesuatu
perkara itu berlaku. Ini adalah penting untuk keharmonian dalam diri,
kebahagian kehidupan dan kesihatan tubuh badan anda.
“Anda tidak diganggu oleh
sesuatu yang berlaku, tetapi oleh pendapat anda tentang apa yang berlaku”
Untuk
memulihkan harmoni dalam diri anda mestilah belajar mengenali dan membaiki persepsi,
sikap dan kepercayaan pada diri. Hidup dengan baik dalam diri dan anda akan
belajar hidup dengan baik dengan dunia sekeliling anda. Bina persepsi positif
dalam menghadapi setiap masalah. Lihat semua masalah sebagai satu cabaran dalam
kehidupan anda. Jika anda melihat satu masalah sebagai masalah, maka anda
bermasalah. Jadikan masalah sebagai cabaran.
Sentiasalah
berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita semua dapat mengharungi cabaran hidupan
dari semasa ke semasa dengan baik dan sentiasa di bawah petunjukNya.
0 comments:
Post a Comment