Setiap hari
memberi tambah nilai kepada diri…
Setiap hari
memberi tambah nilai kepada masyarakat…
HIDUPLAH
SETIAP HARI
“Sekarang
aku nak fokus study, nanti dah balik Malaysia baru aku fokus dalam
bekerja la…”
“Aku tak nak
banyak-banyak kerja la, susahkan hidup je…”
“Asal aku
tak susahkan hidup orang, kira OK la, aku buat urusan aku je…”
Antara kata-kata
yang kita biasa kedengaran dari segelintir mahasiswa.
Persepsi seperti ini seolah-olah
menggambarkan kehidupan mereka hanya bermula selepas mereka tamat pengajian.
Selepas tamat belajar baru bekerja. Selepas dapat sijil baru boleh cakna hal
masyarakat. Selepas belajar baru boleh sibuk-sibuk.
Tenggelam dalam
teori dan fantasi sendiri…
Adakah selepas mendapat sijil,
anda tidak perlu mencari ilmu lagi? Adakah selepas belajar hidup anda sekadar
ulang-alik ke pejabat, berkahwin, dapat anak dan meninggal dunia? Adakah
selepas belajar baru mahu mengenal dunia?
Hiduplah dengan kehidupan anda
hari ini. Setiap hari adalah kehidupan anda. Kehidupan bukan bermula selepas
alam pengajian. Kehidupan bermula sejak anda bernafas di muka bumi ini lagi.
Hari ini anda perlu menuntut ilmu, hari ini juga anda perlu belajar
kemahiran-kemahiran lain dan hari ini juga anda perlu memberi tambah nilai
kepada masyarakat.
ERTI HIDUP
Erti kehidupan bagi individu di
bawah belasan tahun adalah dengan mencari tambah nilai dalam hidupnya. Belajar
membaca, belajar memasak, membawa motosikal dan sebagainya. Erti hidup bagi
mereka yang telah menjangkau usia 20an ke atas seperti di dunia mahasiswa ini adalah
memberi tambah nilai kepada individu lain dan masyarakat sekeliling. Membantu
gerak kerja organisasi, memberi pengisian, melatih AJK dan sebagainya. Dalam
masa yang sama pastinya menambah nilai pada diri sendiri.
Amat rugilah jika ada mahasiswa
yang tidak mampu memberi tambah nilai kepada masyarakat. Dia tidak mampu
memberi manfaat kepada masyarakat, masyarakat pula tidak dapat mengambil
manfaat daripadanya. Dalam ruang berorganisasi, anda akan diberi pelaung yang
amat luas dalam mencari tambah nilai hidup dan memberi nilai tambah kepada
pihak lain.
UNIVERSITI
BKAWM
BKAWM menyediakan ruang bagi ahli-ahlinya
menyertai unit-unit berdasarkan kecenderungan masing-masing. Ada yang mahir
dalam bidang teknikal, maka mereka boleh menyertai Wilayah Multimedia Centre
(WIMAC). Ada yang minat dalam berdakwah, maka mereka boleh sertai LDPI dan
begitulah seterusnya.
Seterusnya ahli akan diberi
latihan mengikut bidang dan unit masing-masing sama ada secara formal ataupun
tidak. AJK WIMAC akan diberi latihan melalui kursus teknikal dan juga melalui
tugasan WIMAC ketika program berlangsung. AJK baru juga diberi latihan dan
pengisian melalui program seperti SINERGI.
Di peringkat seterusnya, ahli
diberi ruang untuk memberi dan menambah nilai kepada pihak lain. BKAWM memberi
peluang kepada ahli menjadi pengisi dalam program-program, menjadi penulis
dalam risalah-risalah, menjadi fasilitator dan sebagainya.
Tiga peringkat ini perlu dilalui
oleh setiap mahasiswa dalam mematangkan diri. MENCARI kemahiran diri, MELATIH kemahiran
dan akhirnya MEMBERI kepada masyarakat. Sesi latihan ini ditawarkan secara percuma
oleh ‘Universiti BKAWM’. Pastikan anda tidak melepaskan tawaran istimewa ini.
NILAI
PENGALAMAN
Seseorang individu yang
berbicara berdasarkan pengalaman nilainya lebih tinggi daripada individu yang
sekadar berbicara berdasarkan idea semata-mata. Jika diminta untuk memberi idea
tentang memajukan ekonomi, pasti ramai yang mampu memberi seribu macam idea
yang canggih. Namun belum pasti kualiti idea tersebut dan belum pasti
keberkesanan dalam melaksanakannya pula. Berbeza dengan mereka yang memberi
pendapat berdasarkan pengalaman. Mereka lebih mengenal di mana liku-liku dan
ruang-ruang yang perlu diterokai.
Maka bagi memiliki gabungan idea
dan pengalaman yang baik, anda perlu bekerja. Bukan sekadar berfikir dan
belajar fakta teori. Bekerja akan memberi anda nilai tambah yang lebih daripada
yang anda jangkakan.
Antara barisan musyrif ketika program
Cairo Exploration anjuran UPKS BKAWM 09/10. Pengalaman berharga ini tidak dapat
di temui dalam bentuk teori dan idea semata-mata. Dari kiri, ustaz Firdaus
Muchtar, ustaz Nazmi (mantan N.S.U.A BKAWM 10/11), ustaz Syed, ustaz Faiz
selaku ketua musyrif (mantan TYDP BKAWM 09/10), saya, ustaz Waafi (mantan
Bendahari Agung BKAWM 10/11), dan bapa kepada salah seorang peserta.
0 comments:
Post a Comment