Cinta
sejati, bercinta tanpa syarat…
Pemimpin
sejati, memimpin tanpa syarat…
SYARAT
BAYANGAN
“Susah la
nak siapkan laporan ni, komputer aku rosak…”
“Esok aje la
kita pergi beli barang tu, sekarang tak de motosikal la…”
“Tak payah print
la, tulis tangan je, printer rosak, nak print dekat luar mahal
pulak nanti..”
“Ni bukan
kerja aku ni, biar je la…”
Antara contoh ‘syarat’ yang
diletak oleh sesetengah individu dalam mereka bekerja. Syarat bayangan tanpa
mereka sedari. Syarat yang melemahkan daya gerak kerja. Syarat yang dalam
bahasa lainnya adalah ‘alasan’.
Mereka sudah memahami etika
kerja. Mereka merupakan pemimpin yang memimpin. Mereka memiliki ilmu pengurusan
yang baik. Namun terperangkap dalam syarat yang diletakkannya sendiri tanpa
disedari. Ini berbeza dengan ‘halangan’. Halangan adalah sesuatu di luar
pilihan anda seperti kemalangan. Alasan pula perkara yang anda cipta dan
hadirkan.
Koreksi kembali kaedah anda
bekerja. Adakah anda bekerja dengan meletakkan pelbagai alasan dan syarat?
Perbaiki kemahiran anda dari semasa ke semasa pasti di sana anda bertemu dengan
mutiara-mutiara berharga.
Hendak
seribu ‘like’, ta nak seribu ‘komen’…
Kasih
bapa tiada bersyarat. Melawat Fatimah Nabawiyah, anak sulung kepada ustaz
Hairul Nizam (mantan YDP BKAWM, mantan Presiden PMRAM) di rumah tetamu Perak A.
ROBOT
PORTFOLIO
Setiap kali mesyuarat kali pertama
mana-mana peringkat AJK pelaksana, pasti adanya pembentangan bidang tugas atau
portfolio. Ini bagi memastikan setiap AJK memahami skop bidang tugas
masing-masing. Namun perlu difahami bahawa selaku individu yang bekerja secara
efisien, gerak kerja anda bukan hanya tertakluk di dalam senarai bidang tugas
itu semata-mata.
Tanggungjawab di dalam portfolio
dan tanggungjawab di dalam budaya masyarakat perlu anda raikan bersama.
Tanggungjawab budaya bagi siswa adalah seperti mengangkat tong gas, menjadi musyrif
dan membaiki lampu. Tanggungjawab budaya bagi siswi pula seperti menyediakan
jamuan selepas mesyuarat dan mengingatkan ketua tentang hal-hal kecil. Individu
itu akan mampu memimpin dengan jayanya apabila dia memahami dan melaksanakan
kedua-dua aspek tanggungjawab ini.
Dalam bekerja juga anda tidak
boleh terlalu menunggu arahan. Sekali ketuk, selangkah jalan. Anda perlu
menjadi pekerja yang proaktif. Aktif mencari peluang dan ruang. Menghasilkan
perkara yang bernafas baru. Sentiasa bersemangat dan dinamik. Sebagai contoh
AJK promosi perlu aktif dalam menjalankan aktiviti promosi program tersebut
sama ada dalam bentuk iklan cetak, Facebook, blog, sistem pesanan ringkas (SMS)
dan sebagainya. Jangan hanya menunggu arahan pengarah semata-mata. Jangan menjadi
robot!
Fahami etika kerja dan fahami
skop bidang tugas. Minta nasihat pihak atasan dan sentiasa membuat rujukan.
Tiada perkara lagi yang akan menghalang anda kecuali diri anda sahaja, teruslah
bergerak laju dan mara ke hadapan.
PASSION,
PASSION, PASSION
Kekuatan, tenaga dan semangat dalam
bekerja dapat dijana melalui ‘keghairahan’ (passion) anda terhadap perkara
yang anda lakukan. Dengan adanya passion dalam bekerja, maka kekuatan
lain akan datang secara langsung. Anda akan terus bersemangat walau menghadapi
pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas tersebut. Dalam kata lain anda perlu ‘menjiwai’
tugasan yang diberi.
Jika diberi jawatan selaku
perumahan, maka anda perlu menjiwai tugasan tersebut. Jadikan tugasan tersebut
sebagai kerjaya dan hobi anda. Anda perlu sedia menghadapi cabaran-cabaran yang
bakal unit perumahan hadapi. Menyedia segala kelengkapan yang perlu sebagai
seorang AJKT perumahan dari aspek kemahiran, perhubungan dan aset. Jika diberi
jawatan selaku teknikal, maka anda perlu ‘proud’ dengan tugasan
tersebut. Hadir awal sebelum majlis bagi mempersiapkan alatan teknikal. Cakna
dengan alatan-alatan WIMAC dan sebagainya. Begitulah seterusnya, walau di mana
posisi anda diletak, anda terus bersemangat dalam bekerja. Tidak memilih kerja
apatah lagi lari dari tanggungjawab.
Selaku unit
jamuan, gembira…
Pegang ketua
unit disiplin, bersemangat…
Berpeluang
jadi pengarah, cool…
Jadi hisbah,
let’s roll out…
Amat pelik lagi menyedihkan jika
ada individu yang bekerja dalam keadaan tiada passion. Bekerja dalam
keadaan tiada perasaan. Lesu tidak bermaya. Maka akan menghasilkan gerak kerja
yang ‘gersang’. Idea kreatif tidak akan hadir jika anda bekerja tanpa passion.
Cabaran-cabaran kelihatan seperti masalah yang terlalu rumit.
“Ana pelik betul dengan anta, happy
je memanjang…” seorang sahabat saya cuba meluahkan ke’khuatiran’nya kepada
saya. Cabaran dan masalah pasti ada di dalam bekerja. Namun yang utama adalah
bagaimana kita berhadapan dan mengurusnya.
Pastinya kefahaman dalam bekerja
perlu diletakkan di hadapan sekali. Kemudian dilengkapi dengan passion
dan kemahiran. Bekerjalah tanpa alasan, memimpinlah tanpa syarat. Tiada siapa
yang akan membantu anda kecuali diri anda. Tiada siapa menghalang anda untuk
menjadi luar biasa kecuali diri anda. Anda menentukan siapa diri anda.
“Cintailah
perkara yang anda lakukan, dan lakukan perkara yang anda cintai” – Donald Trump.
Kiri
sekali, ustaz Rahman (ketua Penasihat BKAWM 11/12) dengan beberapa sahabat dari
BKMIP (Pahang) sedang menguruskan perpindahan pelajar baru masuk ke ARWP.
Mereka bekerja dengan penuh dedikasi tanpa mengharapkan sebarang balasan.
BE THE 2%
“Adlly, kita ada masa seminggu
je ni…” kata ustaz Ali Imran yang baru sahaja disahkan pelantikannya selaku
pengarah hari keluarga BKAWM bagi sesi 09/10. Program tersebut diberi nama
Federal Territory’s Student Family Day In Egypt 2010 (FIESTA’10). Saya diminta
oleh ust Ali Imran untuk menjadi Timbalan Pengarah 1 dan kami dibantu oleh
ustazah Hazirah Azizan, selaku Timbalan Pengarah 2. Dalam masa seminggu kami
terpaksa melantik barisan Eksekutif, mencari sumbangan, merangka program,
menjayakan bazar, pameran dan sebagainya. Namun hasil usaha gigih dan daya
pemikiran pengarah yang kreatif membawa kepada kejayaan program. Ustaz Ali
Imran membuktikan beliau mampu melakukan luar dari biasa. Beliau telah banyak
mengajar saya erti ‘never say never’.
Ustaz Al Hafiz (matan S.U.A
BKAWM 07/08, penasihat BKAWM 08/09) merupakan seorang yang gigih dan berfikiran
‘luar kotak’. Beliau juga selaku pengurus Kuala Lumpur Cairo Café (KLCC) dan
wakil Media Azhar bagi jualan Kamus Miftah di Mesir. Pelbagai cabaran beliau
hadapi namun diatasi dengan berhemah. Antara kemahiran beliau, mampu memasak
seorang diri dengan jumlah yang banyak dalam tempoh yang singkat. Ustaz Al
Hafiz telah membuktikan bahawa beliau mampu melakukan sesuatu dengan cara yang
luar biasa. Beliau telah banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar, menilai
kembali segala nilai.
Wajah-wajah
bakal bapa, kiri sekali, ustz Al Hafiz (mantan S.U.A BKAWM 07/08), kanan
sekali, ustaz Hisyam (mantan YDP BKAWM 08/09) bersama-sama anak-anak ustaz
Ibrahim di bilik pameran sempena FIESTA’10.
Banyak lagi contoh-contoh
individu luar biasa seperti ustaz Hairul Nizam, ustaz Fairus, ustaz Syed Kadir
dan ustzah Haizun. Mereka semua telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dan
sehingga kini masih terus berbakti di posisi masing-masing.
Jika anda melakukan perkara yang
rutin, anda hanya mengulangi dan meneruskan tradisi sahaja. Tiada apa yang
berbeza. Anda perlu keluar daripada pemikiran dan tindakan yang orang umum
lakukan. Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, anda perlu keluar daripada golongan
98% orang umum. Anda perlu menjadi golongan 2%, iaitu golongan individu yang
luar biasa. Bertindak, berfikir dan semangat secara luar biasa.
Jadilah luar
biasa hebat, untuk Islam…
0 comments:
Post a Comment